Tentang Saya

Selama, Perak, Malaysia
Nama panuh:Hazwan Munir Bin Abu Husin Berumur 21 Tahun, telah bekerja dan belum berumah tangga ( x ada calun ). Hehe.. Kalau ada yang penting2 sila hantar mesej ke bbq_mt@yahoo.com.my

Wednesday, February 25, 2009

Pisang Benci




Maryam, guru kelas Tadika menganjurkan satu permainan yangsungguh menarik untuk murid-muridnya.Setiap murid diminta membawa begplastik yang berisi pisang yangtertulis nama orang yang paling merekabenci ke kelas pada esok hari. Jadi,jumlah pisang yang perlu dibawabergantung kepada jumlah orang yangdibenci. Keesokan harinya, setiapmurid membawa beg plastik berisipisang masing-masing.Ada yang membawa tiga biji, ada jugalima biji dan paling banyak lapanbiji. Semuanya sudah ditulis namaorang yang paling merekabenci. "Sekarang simpan pisang tu.Jangan lupa bawa ke mana sahaja kamupergi selama seminggu. Inilahpermainannya. Selepas seminggu, kitaakan tahu keputusannya" beritahu CikguMaryam.Kanak- kanak tersebut menyimpanpisang masing-masing di dalam beg.Hari demi hari berlalu, pisangtersebut mula berbintik-bintik danakhirnya menjadi busuk. Kanak-kanakitu mula merungut dan marah. Merekatidak menyukai permainan itu lagikerana selain beg berat, badan berbaubusuk. Ada yang menangis, engganmeneruskan permainan.Seminggu berlalu,pagi-pagi lagi murid-murid Maryamsudah bersorak. Permainan sudah tamat.Tidak ada lagi beban dan bau busukyang perlu dibawa."Okey semua, aparasanya bawa pisang dalam beg ke sanake mari selama seminggu?" tanya CikguMayam.Semuanya serentak mengatakan merekabenci permainan itu. Mereka hilangkawan, sering diejek dan terpinggir.Lebih teruk lagi, terpaksa tidur,makan, mandi, bermain dan menonton TVdengan bau busuk."Itulah sebenarnyayang berlaku kalau kita simpanperasaan benci pada orang lain dalamhati. Bau busuk kebencian itu akanmencemari hati dan kita akanmembawanya ke mana saja kita pergi.Jika kamu sendiri tidak boleh tahandengan bau pisang busuk hanya untukseminggu, cuba bayangkan apa akan jadikalau kamu simpan kebencian sepanjanghidup kamu" beritahu Cikgu Maryam.Maryam mengingatkan anak muridnyasupaya membuang jauh-jauh perasaanbenci daripada membebani hidup.Kemaafan adalah yang terbaik.Menyayangi lebih baik darpadamembenci..!!