Tentang Saya

Selama, Perak, Malaysia
Nama panuh:Hazwan Munir Bin Abu Husin Berumur 21 Tahun, telah bekerja dan belum berumah tangga ( x ada calun ). Hehe.. Kalau ada yang penting2 sila hantar mesej ke bbq_mt@yahoo.com.my

Thursday, February 26, 2009

Assalamualaikum

PETA KE TEMPAT TAZKIRAH MAGHRIB ( SURAU AT-TAQWA,TAMAN MERDEKA )




PETA KE TEMPAT CERAMAH ( DARUL TA'ALIM )




Dengan perasaan penuh berbesar hati, saya inigin menjemput saudara/saudari sekalian ke Ceramah Politik & Kuliah Maghrib yang akan diadakan 4/3/2009 ( Rabu ). Maklumat program saudara/saudari boleh merujuk kepada post sebelum ini. Disini saya meletakkan sedikit maklumat ke tempat ceramah & tazkirah, diharapkan dengan usaha yang sedikit ini dapat memberikan kesenangan kepada saudara/saudari.




PENGUMUMAN !!!


Satu ceramah politik akan disampaikan oleh Y.A.B. Dato' Seri Mohammad Nizar Bin Jamaluddin akan diadakan di Kawasan Larut. Ketetapan program adalah seperti berikut :


Tarikh : 4/3/2009 ( Rabu )

Masa : 9.00 mlm

Tempat : Pusat Pendidikan Islam Darul Ta'alim, Sg. Segar ,Ijok, Perak.



Berikutan kedatangan Y.A.B. tersebut, satu tazkirah/kuliah maghrib akan turut diadakan seperti ketetapan dibawah :



Tarikh : 4/3/2009 ( Rabu )

Masa : Selepas Maghrib

Tempat : Surau At-Taqwa, Taman Merdeka, 34100 Selama Perak.

Pengkuliah : Y.A.B. Mohammad Nizar Bin Jamaluddin




MUSLIMIN DAN MUSLIMAT DIJEMPUT HADIR DAN SILA HEBAHKAN

Wednesday, February 25, 2009

Pisang Benci




Maryam, guru kelas Tadika menganjurkan satu permainan yangsungguh menarik untuk murid-muridnya.Setiap murid diminta membawa begplastik yang berisi pisang yangtertulis nama orang yang paling merekabenci ke kelas pada esok hari. Jadi,jumlah pisang yang perlu dibawabergantung kepada jumlah orang yangdibenci. Keesokan harinya, setiapmurid membawa beg plastik berisipisang masing-masing.Ada yang membawa tiga biji, ada jugalima biji dan paling banyak lapanbiji. Semuanya sudah ditulis namaorang yang paling merekabenci. "Sekarang simpan pisang tu.Jangan lupa bawa ke mana sahaja kamupergi selama seminggu. Inilahpermainannya. Selepas seminggu, kitaakan tahu keputusannya" beritahu CikguMaryam.Kanak- kanak tersebut menyimpanpisang masing-masing di dalam beg.Hari demi hari berlalu, pisangtersebut mula berbintik-bintik danakhirnya menjadi busuk. Kanak-kanakitu mula merungut dan marah. Merekatidak menyukai permainan itu lagikerana selain beg berat, badan berbaubusuk. Ada yang menangis, engganmeneruskan permainan.Seminggu berlalu,pagi-pagi lagi murid-murid Maryamsudah bersorak. Permainan sudah tamat.Tidak ada lagi beban dan bau busukyang perlu dibawa."Okey semua, aparasanya bawa pisang dalam beg ke sanake mari selama seminggu?" tanya CikguMayam.Semuanya serentak mengatakan merekabenci permainan itu. Mereka hilangkawan, sering diejek dan terpinggir.Lebih teruk lagi, terpaksa tidur,makan, mandi, bermain dan menonton TVdengan bau busuk."Itulah sebenarnyayang berlaku kalau kita simpanperasaan benci pada orang lain dalamhati. Bau busuk kebencian itu akanmencemari hati dan kita akanmembawanya ke mana saja kita pergi.Jika kamu sendiri tidak boleh tahandengan bau pisang busuk hanya untukseminggu, cuba bayangkan apa akan jadikalau kamu simpan kebencian sepanjanghidup kamu" beritahu Cikgu Maryam.Maryam mengingatkan anak muridnyasupaya membuang jauh-jauh perasaanbenci daripada membebani hidup.Kemaafan adalah yang terbaik.Menyayangi lebih baik darpadamembenci..!!

Remaja Hari Ini




Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.



Lama menatap skrin komputer merenung diri apakah yang akan berlaku pada generasi akan datang. Tatkala kita sibuk membicarakan tentang modal insan dan Islam hadhari remaja kita makin jauh dilambung ombak. Ujian apakah yang melanda kita kini ? Terkedu mendengar berita hari ini tentang ‘gadis top up’. Jika sebelum ini kita dikejutkan dengan kajian yang dilakukan oleh seorang pensyarah dari UKM berkaitan majoriti remaja perempuan hari ini telah hilang dara. Negara gempar dengan dapatan kajian yang diperolehi. Namun apakah tindakan yang dilakukan untuk mengembalikan mereka ke jalan yang benar. Memulihkan akhlak mereka agar menjadi gadis solehah.
Isu ramai remaja perempuan hilang dara merupakan realiti yang perlu diterima oleh masyarakat. Hal ini juga berdasarkan pengalaman sendiri sewaktu menjalani latihan mengajar dua tahun lepas. Agak terkejut dengan apa yang berlaku. Namun perlu ditempuhi jua selaku seorang pendidik. Amanah yang dipikul terlalu besar untuk mendidik anak bangsa agar menjadi masyarakat berilmu. Pengalaman yang diperolehi membuatkan diri ini terfikir apakah yang berlaku pada generasi muda lantaran gejala sosial yang makin berleluasa. Kajian tinjauan yang dilakukan oleh guru kaunseling sekolah berkenaan mendapati sebahagian daripada pelajar lelaki menjadikan menonton video lucah sebagai rutin. Hal ini dilakukan ketika ibu bapa keluar bekerja. Tidak kurang juga pelajar tingkatan tiga yang mengandung anak luar nikah. Terkejut kala diri didatangi oleh seorang pelajar perempuan yang mengaku dirinya pernah melakukan hubungan bersama teman lelaki. Ku gagahi jua untuk menunjukkan jalan kepada pelajar ini. Moga hidayah Allah sampai kepadanya. Hanya satu yang dipinta mohon diberikan petunjuk kerana tahu apa yang dilakukan adalah salah. Pada Mu Ya Rabb Engkau tunjukilah hambaMu ini jalan yang lurus.
Gadis top up ! Isu baru yang timbul. Gadis top up melibatkan pelajar sekolah yang menjual diri untuk mendapatkan top up RM10. Relevankah tindakan ini? Ke manakah hilang maruah dan harga diri seorang wanita? Kebanyakan pelanggan bagi perkhidmatan ini adalah kenalan di internet. Menurut laporan akhbar, pada awalnya ini dilakukan secara suka-suka namun akhirnya pelajar-pelajar ini menjadi ketagih dan menjadikan ia sebagai satu pekerjaan tetap di samping bagi menambah nilai kredit dalam telefon bimbit. Di manakah letaknya nilai-nilai murni yang telah diterap dan ditekankan sejak sekolah rendah. Inilah produk yang berjaya dihasilkan setelah hampir 10 tahun mendapat pendidikan di sekolah. Layakkah golongan ini menjadi pemimpin yang bakal menerajui negara pada masa akan datang ? Inikah bakal ibu yang akan melahirkan mujahid dan mujahidah agama ?
Pengalaman bergelar mahasiswi selama empat tahun banyak mengajar diri. Pelbagai perkara yang ditempuhi mematangkan lagi diri ini. Melihat ‘couple’ berdua-duaan adakalanya mengundang sedih dan kecewa dalam diri. Bimbang perkara yang tidak diingini berlaku. Bukan maksud diri untuk mendoakan tetapi telah jelas dalam Al Quran dinyatakan apabila berdua akan ada orang ketiga iaitu syaitan. Lebih menyedihkan apabila berlaku kemalangan yang melibatkan ‘couple’ ini. Bagaimanakah perasaan kedua ibu bapa yang menghantar anaknya untuk menuntut ilmu tetapi sebaliknya yang berlaku. Tika diri menerima panggilan menyatakan anaknya terlibat dalam kemalangan bersama teman wanita/lelaki. Betapa hancurnya hati seorang ibu dan ayah setelah sepenuh kepercayaan yang diberi inikah balasan yang wajar diterima ? Dek sayang yang mendalam ada antara mahasiswi ini sanggup mengorbankan diri sebagai bukti kasih pada teman lelaki. Bagi lelaki adakah ini calon pilihan untuk dijadikan permaisuri hati dan ibu pada anak-anak kelak ? Adakah status ayah derhaka yang menjadi pilihan? Tepuk dada tanya diri. Seorang ayah dikatakan derhaka apabila tidak memberikan ibu yang baik kepada seorang anak, tidak menamakan anaknya dengan maksud yang baik dan tidak mengajar anaknya mengaji Al Quran. Buat lelaki seandainya benar anda kasih dan sayangkan teman wanita anda, bimbinglah dia ke jalan yang benar dan diredhai.
Lama berfikir mencari punca segalanya. Rasanya akarnya hanya satu iaitu pemakanan. Misi orang kafir akhirnya berjaya. Mereka membunuh dalam diam. Hadis menyebut, “yang halal itu jelas dan yang haram itu juga jelas. Namun antara keduanya ada syubhah”. Antara sedar dan tidak ada antara makanan kita pada hari ini mengandungi benda-benda syubhah yang akan mengeraskan hati kita. Seterusnya menyebabkan sukar untuk mendengar nasihat dan teguran. Al Quran ada menyebut dalam diri manusia ada segumpal darah apabila baik ia maka baiklah keseluruhannya. Tapi jika rosak ia maka rosaklah keseluruhannya. Itulah hati. Darah ini terbentuk daripada makanan yang dimakan seterusnya dicerna. Penyelidikan yang dilakukan oleh Persatuan Penguna Pulau Pinang berjaya menyenaraikan barang-barang yang mengandungi ‘wei’ iaitu sejenis bahan yang diragui halal. Ia terdapat dalam kebanyakan bahan makanan. Apabila ia masuk ke dalam badan manusia ia menjadikan kita leka dalam solat, keras hati dan sukar mendapat petunjuk Allah. Ini kerana pandangan hati itulah yang hakiki jika hati itu bersih.
Ya Allah, tunjukilah hambaMu ini jalan yang diredhai. HambaMu ini terlalu lemah Ya Allah. Tiada daya melainkan dengan kekuasaanMu. PadaMu aku berserah dan padaMu aku berhukum. Buat teman sama-samalah kita memperingati antara satu sama lain. Selamatkanlah umat Islam dari terus dibinasakan. Amanah sebagai khalifah Allah teramatlah berat. Yakinlah dengan janjiNya. Ingatlah ! Allah sentiasa hampir dengan hambaNya. Dia tidak pernah mengecewakan hambaNya. Jika niat kita tulus insyaAllah Dia akan membantu. Salam keinsafan buat semua.

Tuesday, February 24, 2009

Tinta pertama

Assalamualaikum..

Alhamdulillah, hari ni aku diberi kesempatan untuk menulis buat kali yang pertama didalam ruangan blog ni. Tujuan aku buat blog ni adalah untuk menyebarkan kepada rakan2 mengenai beberapa perkara yang susah untuk kita jumpa dalam blog2 biasa. Lagi pun, ni blog aku.. so, aku boleh tulis macam2 tentang apa yang aku nak bagitau kat hangpa semua.

Aku tak mau tulis panjang2 sebab aku bukan ada masa lapang sangat, so aku just nak berkongsi kegembiraan ni dengan suma orang. Semalam aku baru dapat surat suruh aku lapor diri di pejabat kesihatan negeri perak untuk jawatan pembantu tadbir. aku nak try mintak tukaq mai balik kampung aku lah ( selama ). dekat ngan rumah aku, belanja pun jimat sket hehehe.. ( tak habis2 nk menyusahkan mak bapak ). aku tengah sedih sket la ni, pasai enpon aku masok air, tu tanda2 awal nak suruh tukar la.. abis gaji aku.. Ya ampunnnn...

nak tido dlu, sok nak balik ipoh, da koje yang x bes g. tata..

Wassalam.

Monday, February 23, 2009

Bismillahirrahmanirrahim..

Saya dengan ini merasmikan blog ini.. nanti sambung lagi.. babai.